Kerana Kejayaan Milik Kamu Amat Berharga Dan Berjaya Selalu

Salam Kedamain Hati Semua Sahabatku

Kepada mereka yg diuji dengan kesempitan ekonomi tahun ini, raya bukanlah penentu segalanya.. Jangan ditambah beban meminjam sini sana semata-mata nak sambut raya.. Jangan pening kepala kalau baju anak takde.

Jangan risau kalau kampung halaman jaraknya tak dapat dijangkau.. Sesekali tak dapat balik kampung beraya tak menyebabkan putus sedara.. Sesekali anak dan diri tak bertukar baju raya tak menyebabkan berdosa..

InshaALLaH nanti bila ada rezeki, tebuslah kembali.. Adat hidup ada turun naiknya.. Mungkin tahun ini kita susah, sebab ada ganjaran hebat daripada ALLaH.. Soal rezeki bukan hak kita nak tentukan..

Sesekali kita selami perasaan mereka yg terpaksa bertugas di hari raya.. Sesekali kita nikmati hidup susah sebelum kaya.. Semoga kita tak lupa diri nanti.. Semua ada hikmah.. Raya ni sekejap je.. Pejam celik dah pun berlalu syawal..

Kalau ikutkan nafsu nanti bajet sendiri tak dapat dikawal.. Takde buat cara takde.. Tak luka pun badan kalau semua persiapan takde.. Tarik nafas dalam-dalam.. letak tangan kanan kat dada kiri.. Istighfar dan sebut nama ALLaH berulang kali.. Mintak ALLaH tenangkan hati.. Cakap dengan diri;

"aku terima ujian-Mu Ya ALLaH dengan rendah diri.. Aku yakin semua ini akan Kau ganti dengan kegembiraan di kemudian hari.. Aku redha Ya ALLaH.."

Nanti bila idop dah senang, kita akan tengok balik waktu ni dan tersenyum sendiri.. Kenangan pahit manis yg tak akan kita lupai dan tak akan buat kita riak lupa diri..


Manisnya waktu susah tu merupakan kenangan indah bila dah senang nanti......

#minalaidilwalfaizin

Comments

Popular posts from this blog

"Bagaimana Mengenali & Menguasai Potensi Diri Untuk Kebahagiaan, Kesihatan, Kekayaan & Kejayaan Melalui Kajian Tarikh Lahir"

PERCUMA Minyak Aura dan Bulu Perindu Sepasang. Stok terhad.

Minyak Pengasih Cenuai Emas Dan Buluh Perindu RAJA PERMAISURI Sejak tahun 2013.